Isnin, 6 Ogos 2012

KATA-KATA HIKMAH


Berkawan @ bersahabat dengan seseorang biarlah ikhlas dengan tidak mengharapkan apa-apa, kerana jika berlaku perbalahan, hati kita tidak sakit, kerana setiap apa yang berlaku adalah ketentuan ALLAH.....

Hormatilah prinsip diri orang lain jika kita mahu prinsip diri kita dihormati.....

Teman dikala gembira umpama pasir di tepian pantai, tapi teman dikala duka umpama mencari mutiara di antara pasir-pasir itu......

Hidup yang tenang adakalanya berombak, hanya berbekalkan keimanan, keyakinan dan ketabahan yang dapat mengatasinya, pada suatu ketika ombak itu bisa kita takluki.......

Nabi Muhammad S.A.W bersabda "bukanlah kemuliaan itu dengan memakai pakaian cantik dan bersegak, tetapi ia adalah dengan ketenangan, bersopan santun dan merendah diri.....

PETUA MENJADI PELAJAR CEMERLANG


1. KETEPATAN KEHENDAK
Pastikan badan kita betul-betul perlukan rehat, jadi rehatlah dengan secukupnya, bukan berehat sesuka hati   walaupun sebenarnya badan kita tidak betul-betul penat.

2. ISYARATKAN KEPADA MINDA BAWAH SEDAR
' Aku inginkan kerehatan dan tidur yang paling baik' cuba isyaratkan pada minda bawah sedar. Semoga tidur yang hanya 4 jam tetapi kepuasannya seperti seribu jam.

3. AWASI APA YANG ANDA RASA SELEPAS BANGUN DARI TIDUR
Adakah anda rasa satu tidur dan rehat yang puas? bila mencapai kepuasan keistirehatan bersyukur kepada ALLAH dan ucap terima kasih pada minda bawah sedar.

petua ini sesuai untuk pelajar-pelajar part time terutama bagi yang sibuk menguruskan keluarga dan pekerjaan tanpa mempunyai masa rehat dan tidur yang cukup. Tetapi jangan risau tidur 4 jam sahaja anda pasti rasa segar bugar selepas mengamalkan petua ini.

Video cara wuduk lengkap

Rabu, 18 Julai 2012

FEKAH TAHUN 1 (WUDUK)



PENGERTIAN WUDUK

Menyampaikan air kepada anggota yang tertentu untuk mengangkat hadas kecil dan besar.

-ALLAH S.W.T berfirman:
Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu akan mendirikan solat maka basuhlah muka kamu dan tangan-tangan kamu hingga siku-siku kamu dan sapulah kepala kamu serta basuhlah kaki-kaki kamu sehingga ke kedua mata kaki.” ( Al-Maidah, Ayat 6 )
Sabda RASULULLAH S.A.W : "Tidak diterima Allah sembahyang salah seorang kamu jika ia berhadas (kecil) sebelum ia berwuduk." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

NIAT WUDUK
 Niat wuduk adalah seperti berikut:


                           نَوَيْتُ الْوُضُوْءَ لِلَهِ تَعَالَى  

Maksudnya:
“Sahaja aku berwuduk kerana Allah Ta‘ala”.



ANGGOTA WUDUK
1.    Tangan
2.  Muka
3.  Tangan
4.  Kepala
5.  Telinga
6.  kaki















RUKUN WUDUK

Rukun wuduk juga dinamakan fardu wuduk atau wajib wuduk. Rukun wuduk ada 6 perkara:-

1) Berniat
-semasa air sampai ke muka. Jangan jatuhkan niat sebelum air terkena kulit muka kerana ianya akan menjadikan wuduk itu tidak sah.

2) Basuh seluruh muka
 -Dari garisan anak rambut di dahi, hingga ke bawah dagu dan dari lebar telinga kanan hingga ke lebar telinga kiri. Pastikan tiada yang menghalang air dari mengenai kulit muka seperti minyak atau losyen muka. Muka yang bermekap mestilah dibersihkan dahulu.

3) Basuh kedua tangan
-melepasi paras siku dengan dimulai dengan tangan kanan dahulu.

4) Sapu kepala
- Sunat menyapu seluruh kepala. Memadai menyapu di atas rambut sahaja. Rambut yang berminyak tetap sah wuduknya.

5) Basuh kedua kaki hingga ke atas buku lali
-Dengan dimulai dengan kaki kanan dahulu.

6) Tertib
-Berwuduk mestilah ikut urutan yang betul dengan dimulai dari membasuh muka dan diakhiri dengan membasuh kaki.

*Perhatian:-
  • Bila dikatakan basuh maka hendaklah dengan air yang mengalir. Tidak boleh hanya sekadar sprei air sahaja.
  • Bila dikatakan sapu pastikan air ditangan itu adalah air mutlak. Contoh jangan sapu kepala dengan air yang disapu dari muka atau tangan.

SUNAT-SUNAT WUDUK
Perkara sunat ketika berwudhu’ adalah sangat banyak, di antaranya ialah:
1.    Membaca “basmalah” بِسْمِ اللهِ الْرَّحْمنِ الْرَّحَيْمِ
2.   Membaca “istiazah” iaitu lafaz أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الْشَّيْطَانِ الْرَّجِيْمِ 
   3. Membasuh dua tapak tangan hingga pergelangan tangan.
   4. Berkumur-kumur.
   5. Menyapu seluruh kepala.
   6. Menyapu dua telinga.
   7. Bersugi.
   8. Mendahulukan anggota yang kanan daripada yang kiri.
   9. Menyelati celah-celah anak jari tangan dan kaki.
  10. Mengulangi perbuatan itu sebanyak tiga kali.
  11. Menghadap kiblat
  12. Tidak membazir air
  13. Menyelat janggut
  14. menyelat celah jari kedua belah tangan dan kaki
  15. Membaca doa selepas berwuduk


 Syarat sahnya sembahyang ialah berwuduk. Tanpa wuduk, sembahyang yang dilakukan adalah tidak sah. Tidak sah wuduk, tidak akan sah sembahyang yang didirikan.

 DOA SELEPAS WUDUK


أَشْهَدُ أَنْ لاَ إلَهَ إِلاَ الله وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَ مُحَمَدَاً عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللَهُمَ أجْعَلْنِيْ مِنَ الْتَوَابِيْنَ وَاجْعَلْنِيْ مِنَ الْمُتَطَهِرِيْنَ وَاجْعَلْنِيْ مِنْ عِبَادِكَ الصَالِحِيْنَ

Maksudnya:
“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa dan tiada sekutu bagiNya, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hambaNya dan RasulNya. Wahai Tuhanku, jadikan aku dari golongan orang-orang yang bertaubat dan jadikan aku dari golongan orang-orang yang bersih.”


PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDUK
Seseorang yang mahu mengerjakan solat wajib berwuduk. Terdapat beberapa perkara yang membatalkan wuduk iaitu:
  • Pengsan
  • Kentut
  • murtad
  • Tidur yang tidak tetap punggungnya
  • Mabuk
  • Gila
  • Menyentuh kemaluan
  • Keluar sesuatu daripada kubul dan dubur
  • Tersentuh kulit lelaki dan perempuan yang bukan mahram